3 ekor kucing
Satu hari, ada seorang pemuda ni nama dia Ali.Ali ni tinggal berdua je dengan ibu dia.Jadi Ali lah yang jaga ibu dia.Ibu Ali tak sihat, ibu Ali sekarang ni tengah kat dalam wad ICU.Kiranya teruklah keadaan ibu Ali.Hari2 Ali datang jaga ibu dia.Ali ni memang seorang yang sangat sayangkan ibu dia ni.Maklumlah anak tunggal, dan yang tinggal cuma ibu dia.Ali hari2 berdoa supaya penyakit ibu dia sembuh.
Nak diceritakan, satu hari Ali keluar sekejap nak pergi beli makanan ringan kat petronas.Dalam perjalanan Ali nak pergi beli makanan tu, dekat depan petronas tu Ali nampak ada tiga ekor anak kucing macam kat depan petronas tu.Anak2 kucing tu macam buat bunyi macam nak cakap yang diorang ni lapar tambah dahaga.Macam tulah kan.Ali pon masuklah petronas tu dan belilah kan makanan.Lps tu, Ali pergi balik kat anak2 kucing tu pastu bagi diorang minum, makan lepas tu Ali baliklah balik hospital.
Bila Ali balik je daripada hospital, Ali tgk ibu dia dah takde dah kat wad ICU.Ali pon gelabahlah kan.Ali jumpa doktor pastu tanya 'Doktor, mana ibu saya doktor.'Bila Ali dgr je ckp doktor tu mengalir air mata Ali.Doktor cakap 'Alhamdulillah Ali, keadaan ibu kamu dah baik, jadi kami terpaksa pindahkan ibu kamu ke wad biasa.'Ya Allah, bayangkanlah betapa gembiranya Ali waktu tu.Sebab ibu Ali ni sebenarnya, penyakit dia tu memang sangat kritikal.Harapan nak sembuh tu just macam 5 peratus je.
Ali pon pergilah jumpa ibu dia.Dia tgk ibu dia senyum je.Ibu Ali pon panggil Ali.'Ali,sini kejap duduk sebelah ibu' Ali pon pegilah duduk sebelah ibu dia.Ibu dia pon cakap 'Tadikan, waktu ibu tgh tidurkan, ibu mimpi, ibu nampak ada tiga ekor kucing tengah tadah tangan berdoa.Dalam doa kucing tu ibu dengar kucing tu berdoa mcm ni 'Ya Allah, sesungguhnya pemuda tadi, dah tolong kami Ya Allah, jadi kau makbulkanlah setiap permintaan yang dipinta oleh pemuda tersebut'.Subhanallah, mengalir air mata Ali dengar cerita ibu dia.Ali pon ceritalah kat ibu dia tntg anak2 kucing tu kat ibu dia.
Itulah, nak dikatakan setiap apa perbuatan yang kita buat tu Allah ambil kira.Allah dah ckp dalam al-Quran, setiap perbuatan kita diambil kira walau sebesar zarah pon.Ha, bila korang nampak kucing kat kedai makan tu jgnlah halau, apa kata bg sikit makanan kita kat dia.Sebab mungkin dalam rezeki kita tu juga ada rezeki kucing tu.Mana tahu satu hari kucing tu pula akan doakan kat korang bila korang susah.Sekian sahaja dari saya.
Comments
Post a Comment