Pengalaman rakan histeria di asrama.
Najah ni sekolah asrama.Dengar sekolah asrama pon dah seram sejuk.Histeria tu macam perkara wajib yang jadi dekat sekolah asrama.Masa masuk tahun pertama tu,tak de apa-apa lagi.Rasa tenang jer.Bila dah masuk tahun kedua,semua pelajar tingkatan 1 dah kena masuk bilik senior.Ni nak cerita ni.
Tilam kat asrama dua tingkat tau,najah dapat tingkat atas.Najah sebenarnya tak suka sangat tingkat atas.Tapi reda jelah.Alhamdulillah semua senior baik2 belaka and akak bawah katil najah sangat baik.Seronoklah jadi partner katil dia.
Tapi tulah akak tu ada something kat dia.Pada suatu hari najah nampak akak tu duduk kat luar tengah termenung.Time tu waktu senja.Najah panggil banyak kali tapi dia tak jawab.'Akak,akak,akak tak dengar ke najah panggil'.Lepas panggil banyak kali barulah dia pandang.Katanya dia tak boleh sembahyang,ok takpelah.Habis je solat isyak najah pon nak balik dom,tiba2 nampak ramai orang berkumpul kat katil najah.Rupanya time tu akak tu dah bukan diri sendiri,dia dah kena rasuk.Time tu semua orang tengah pegang dia sebab tak nak bagi dia lari.Sebab kalau dia lari keluar dia nak terjun bangunan.
Jadi first sekali,bukan title ustaz dan ustazah je yang boleh tolong.Kita sebagai kawan pon boleh tolong juga.First sekali,istighfar banyak-banyak.Istighfar ni sebenarnya pelindung untuk diri kita juga.Sebab kalau kita sendiri tak jaga tak impossible untuk kita yang kena seterusnya.Lepastu,amik minyak kasturi sapu kat setiap hujung jari kaki dan tangan.Kalau takde minyak kasturi guna minyak bidara.Kalau takde juga amik air kosong,baca istighfar tiga kali,selawat,al fatihah kemudian baca yaasin.
Pastikan kita urut2 jari kawan kita tu sebab jin ni dia akan keluar melalui ruangan dubur atau di hujung2 jari.Kemudian paksa dia minum air yaasin.Pastikan dia telan air tu.Sebab yang selalu najah tengok mesti dia kemam air yaasin tu dalam mulut lepastu nanti dia keluarkan balik.Pastikan korang cek dia telan air yaasin tu.
Kemudian baca al-mathurat.Seeloknya hafal mathurat ni.Baca je sepanjang masa.Lepas tu sentiasa panggil nama kawan korang yang kena tu.Pastikan panggil nama penuh sekali dengan bin atau binti sekali.Jangan salah panggil nama pula.Kemudian kalau korang
rasa korang cukup kuat,tanya nama jin,asal mana dan agama apa.Suruh jin tu keluar daripada badan kawan kita tu.Cakap dengan tegas.Jangan rasa takut pon sebab jin ni tahu kalau orang tu berani ke tak.Tapi kalau korang tak berani suruhlah orang lain yang berani buat.
Sebab sebenarnya jin ni akan keluar kalau kita betul2 berani.Tak semestinya dia keluar sebab ustaz jer.Diri sendiri pon boleh.
Baiklah,setakat ini sahaja.So,kalau ada kawan korang yang berlaku perkara macam ni kat dia.Tolonglah dia sebab kesian tau najah tengok.Orang yang kena ni,diorang tak sedar lepas tu badan diorang jadi lemah sangat lepas tu.Harap perkongsian najah ni dapat membantu semua.
Very impressive and useful for a student
ReplyDelete