Lelaki bermata satu.
Senja beralih pergi,malam datang berganti.Masih ku rasa sepi di dalam hati bagaikan tin yang kosong.Jauh ku termenung memikirkan perasaan aku dimana aku sendiri tidak pasti.Badan aku terasa sejuk dan aku yakin bahawa ada mata yang sedang memerhatikan gerak-geriku.
'Siti,jom pergi surau sekali.'Teguran Aina membuat aku tersedar buat seketika.Aku pon bersiap untuk ke surau.Namun kakiku terasa amat berat.Seolah-olah terdapat sesuatu yang amat berat tergantung pada kakiku.'Siti,kau okey tak ni?'Aina tanya dengan penuh kerisauan.Lalu,Aina pon datang mendekatiku.
Dia membaca ayat al-Kursi di telingaku lalu menyapu tangannya yang kecil itu di seluruh wajahku.'Thanks,baru aku rasa lega sikit.'Kataku kepada Aina.Namun,sebenarnya aku ternampak seperti terdapat tangan yang dipenuhi ulat dan baunya amat busuk sedang memegang kakiku dengan penuh erat.Seolah-olah tidak mengizinkan aku untuk bergerak walau seinci jaraknya.Aku sedar bahawa hanya aku seorang sahaja yang sedar kejadian itu namun,aku hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sepatah kata pon.
'Rapatkan saf.'Jemaah solat lalu akur dengan arahan Imam yang hendak mengetuai solat Maghrib.Aku berasa loya yang teramat dan dan pada masa yang sama juga segala tingkah laku aku tidak patuh kepada isi hatiku.Bibirku membisu tidak melafazkan walau sepatah ayat suci al-Quran di dalam solat.
Selesai sahaja solat Maghrib,aku pulang ke hostel seorang diri.Aina pula masih berada di surau kerana ingin menunaikan solat sunat.Mataku terasa berat yang teramat.Badanku lesu.Tidak lama kemudian,aku pon terlena.
'Aku kat mana ni?,sesaknya kat sini.'Kata isi hatiku.Aku lalu melihat keadaan di sekeliling.Kemudian,aku sedar bahawa aku berada di gelanggang UFC.Di gelanggang tersebut,bau yang sangat busuk dan jijik menusuk ke dalam dua lubang hidungku.Bukan itu sahaja,wajah-wajah mereka kelihatan sangat buruk sehingga membuatkan aku berasa mual.Kehodohan wajah mereka itu sehingga tidak dapat nak diterangkan melalui akal fikiran manusia.
Namun, fikiranku masih bercelaru.Aku merupakan antara penonton di UFC tersebut.Anehnya,terdapat dua buah meja disediakan di dalam gelanggang tersebut dan seorang pengacara yang berada di tengah-tengah gelanggang tersebut.'Dipersilakan adik Siti untuk masuk gelanggang'.Pengacara memanggil namaku berulang kali.Aku fikir mungkin orang lain cuma mempunyai nama yang sama denganku.Tiba-tiba aku lihat seperti ribuan mata-mata yang sedang memandang kearahku.Sambil menjerit-jerit para penonton tersebut memaksa aku untuk masuk ke gelanggang tersebut.
Aku tidak ada pilihan lain.Aku lalu masuk gelanggang tersebut.Jantungku berdegup kencang.Aku berasa amat takut.Kemudian,aku berdiri di belakang salah satu meja di dalam gelanggang tersebut.Tiba-tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah aku.Mataku kabur,aku tidak dapat melihat wajahnya dengan begitu teliti.Lalu,lelaki tersebut berdiri betul-betul di hadapan aku.Lidahku kelu apabila melihat wajah lelaki tersebut.Lelaki tersebut lain daripada lain.Dia hanya mempunyai satu mata sahaja.Secara ringkasnya,aku membuat kesimpulan bahawa dia merupakan makhluk Tuhan yang bernama Dajjal.Tiba-tiba tanpa aku sedari air mengalir di celanaku.Rupa-rupanya aku terbuang air kecil kerana aku terlalu takut ketika itu.Lelaki bermata satu itu merenung tajam kearahku sambil melemparkan senyuman sinis kepadaku.
'Baik,tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah adakah agama Islam itu benar?'Kata pengacara tersebut.Dengan lafaz bismillah aku menjawab 'Ya,Islam itulah agama yang sebenar-benarnya.Tiada agama lain yang diterima Tuhan selain agama Islam.'Aku berkata dengan penuh tegas.Namun,tiada sesiapa yang menyokongku.Lelaki bermata satu itu kemudian berkata 'Kau salah,kau pikir kau alim.Lihatlah tidak ada sesiapa yang percaya dengan kata-kata kau.Kau fikir selama ni amalan kau diterima.Semua amalan yang kau buat selama ni sia-sia sahaja.Kemudian,aku menjadi bahan ketawa di situ.Tiada sesiapa yang berada di pihak aku.Anehnya mereka semua menyokong lelaki bermata satu itu.Lelaki bermata satu itu membalas ' Kau juga patut menyokong aku,aku boleh beri apa sahaja yang kau mahu.Kesemua keluarga kau,kawan-kawan kau menyokong aku,yang tinggal cuma kau seorang sahaja.Kau tak percaya.Dengan suara yang lantang,lelaki bermata satu itu lalu menjerit.'Panggil semua ahli keluarga dan kawan-kawannya untuk masuk ke gelanggang.Aku melihat kesemua wajah yang aku kenali berada di depanku.'Ayah,ibu jangan terpedaya dengan kata-kata dusta lelaki ini.'Namun,sebaliknya ayah aku berkata'Kau tu dah sesat,Siti.Marilah ikut kami semua.Inilah jalan yang lurus.Bergenang air mataku mendengar kata-kata itu daripada orang yang aku sayang.
'Aku lalu terus melarikan diri daripada tempat tersebut.Aku lari,lari dan terus lari.'Aduh!'Aku terjatuh.Tiba-tiba aku ternampak ada cahaya yang bersinar di depanku.Aku terus menuju kearah cahaya itu.Aku terdengar suara bisikan yang amat kuat di telingaku.'Ikut je haluan cahaya tu Siti.Ikut saja.'Ada seseorang yang sedang menunggu aku di haluan tersebut.Mataku kabur,namun aku cuba untuk melihat wajah tersebut.Ya,tak lain tak bukan lelaki bermata satu itu yang sedang menunggu. Aku lalu berdoa'Ya Tuhan,bantulah hambamu yang lemah ini.Keluarkan aku daripada sini.Sesungguhnya kaulah yang Maha Besar.Aku menangis meraung memohon pertolongan.Aku menangis dan menangis sehingga keluar air mata berdarah mengalir melalui pipiku.
'Siti,Siti,bangun Siti.'Aina mengejutkan aku daripada tidur.Sebaik sahaja aku bangun daripada tidur aku terlihat seorang nenek kebayan di depan katilku.Aku lalu memeluk Aina dengan penuh erat.Aku menceritakan kepada Aina tentang mimpi yang aku alami.Aina lalu menyuruhku untuk beristighfar banyak-banyak.Lalu Aina bertanya kepadaku 'Siti,Isya' tadi kau dah solat ke belum?'Aku menggelengkan kepalaku.Aku dengan segera pergi ambil wuduk dan qada solat Asar.Aina berkata bahawa mimpi aku itu merupakan permainan iblis sahaja.Namun,aku masih terasa seperti mimpi itu realiti dan bukan sekadar khayalan.
Namun,lelaki bermata satu itu masih tersemai di dalam akal fikiranku.
Comments
Post a Comment