Sebab-sebab kena histeria.

  Perasan tak,kalau sekolah tahfizkan mesti banyak gila kes-kes histeria macam ni.Agak-agaknya sebab apa ye.Baik,sebenarnya jin dan iblis ni dia memang suka kacau budak-budak tahfiz.Tapi tak semestinya budak tahfiz je tau kena.Budak sekolah asrama yang bukan aliran tahfiz pon antara yang selalu kena ganggu.
  Baik,antara sebab kena ganggu,nampak benda bukan-bukan dan histeria ialah latar belakang keluarga dia.Mungkin,dia ada saka.Selalunya diri sendiri pon tak tahu.Tapi bila dah sekali kena ganggu.Jangan biarkan sahaja.Sebab perkara macambmacam inibini bukannya boleh dibiarkan sahaja.Bahaya tau.Boleh bawa maut kalau dibiarkan melarat sebab waktu jin dan iblis masuk dalam badan seseorang,dia kawal semua organ2 dalam badan.Terus pergi berubat.Kita boleh juga suruh ustaz yang kita berubat tu untuk buang saka.Sebab itulah orang yang kena rasuk ni selalu rasa letih,tak larat dan tak berdaya nak buat apa-apa.Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri,saya selalu nampak orang yang kena rasuk atau histeria ini,mereka cuba untuk sakitkan diri sendiri.Ada yang toreh tangan dengan menggunakan benda yang tajam,kadang-kadang ada juga kes yang sampai bunuh diri.Tetapi hakikatnya,jin dan dan iblis itu yang mengawal organ badan orang yang berkenaan.Sebab itulah,orang di sekeliling memainkan peranan penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  Seterusnya,antara sebab histeria ini kalau kita selalu seorang diri.Tak suka berkawan dengan orang.Itu yang iblis dengan jin nak jadi kawan tu.Lagi-lagi kalau yang sekolah asrama.Kadang-kadang jin ni akan suruh buat perkara yang tak patut melalui bisikan.Sebab tulah kalau kita seorang diri kadang-kadang kita dengar macam ada suara yang cakap kat kita.Tidak elok untuk kita selalu menyendiri.Kita perlulah ada teman untuk dijadikan sebagai kawan.Jin dan iblis tidak pernah berputus asa dalam menghasut kaum manusia melalui bisikan.Jin juga amat suka dalam berpura-pura bahawa dia dapat menjadi kawan kita yang baik melalu hasutan dan bisikan.Jadi,kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak menjadikan jin dan iblis sebagai rakan kita.
  Kalau badan kita letih sangat pon boleh jadi sebab juga.Biasanya,pelajar sekolah asrama ni jadual waktu dia pack tak macam pelajar sekolah harian.Bila badan kita letih,dalaman kita pon jadi lemah.Itu yang senang nak kena tu.Selalunya kalau di asrama,waktu kemuncak kejadian histeria ialah bila tiba musim sukan.Maklumlah,setiap individu pasti akan berusaha serta berlatih dengan lebih gigih agar dapat memenangi aktiviti sukan yang diwakili.Sebab itulah ramai pelajar yang diganggu ketika musim sukan ini.Badan mereka terlalu penat,begitu juga dengan dalaman mereka iaitu rohani.Apabila fizikal dan mental seseorang menjadi terlalu lemah,jin dan iblis mengambil kesempatan ke atas individu berkenaan dan menguasai badan individu tersebut.
  Bukan itu sahaja,kita juga perlulah menjaga kebersihan diri dan di sekeliling.Iblis dan jin jin amat suka berada dekat dengan sesiapa yang tidak menjaga diri sendiri.Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan,namun kalu dia seorang yang tidak menjaga kebersihan diri maka dia juga merupakan salah seorang daripada sahabat kepada jin dan dan iblis.
 Kemudian,bagi kaum wanita,mereka perlulah menjaga darah heid tu elok-elok.Sebabnya ramai kaum wanita yang ambil mudah tentang perkara ni.Kena bersihkan darah kita bersih-bersih,lepas tu bungkus dalam plastik atau surat khabar kemudian baru buang dalam tong sampah.Bukan itu sahaja,kita kenalah jaga kebersihan seluruh badan.Sebab jin dan iblis sangat suka duduk dekat2 dengan orang yang kotor dan bau busuk.Pastikan korang cukur rerambut yang tumbuh di bawah ketiak dan di atas dubur.Sebab kalau dibiar lebih sebulan iblis dan jin akan bergayut kat tempat berkenan.
  Baiklah sampai sini sahaja perkongsian najah harap dapat membantu semua.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Info yg sangat berguna bukan sahaja bagi student malah bagi semua org

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Crush

Giliran gue....

Sensitive 5 | Bouncy Arcade